Jom Cuba Resepi Roti Lapis Daging Berkeju Untuk Berbuka Puasa! Senang Je Nak Buat



Bila sampai je bulan puasa, pasti ramai yang tak sabar untuk melaluinya. Salah satu perkara yang paling best bila bulan puasa ni, korang dapat mencuba pelbagai jenis makanan yang menarik ketika berbuka. Best kan?
Kali ini kami kongsikan resepi roti lapis daging berkeju yang sangat sedap! Resepi ni sangat sesuai buat korang yang perlukan idea mengenai juadah berbuka nanti. Jom cuba!

Bahan-bahan yang diperlukan

  • 200 ml susu
  • 3 biji telur
  • Cheese
Bahan untuk inti daging:
  • 400 gm daging kisar
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 2 bawang holland (dipotong dadu)
  • 1 biji tomato (dipotong dadu)
  • 1/2 packet perencah lada hitam maggi
  • 2 sudu besar sos lada hitam kimball
  • 2 sudu besar sos tomato
  • Daun sup (dihiris sedikit)
  • Daun bawang (dihiris sedikit)
  • 1/2 sos bolognese (jika inginkan kelainan)

Cara penyediaan

1. Celup roti dalam susu dan susun di bekas atau loyang yang telah disapu butter.
2. Lapiskan daging di atas roti tadi dan susun slice cheese di atas daging.
3. Ulang proses yang sama sehingga roti habis. Kebiasaannya guna 12 keping roti.
4. Untuk lapisan terakhir selepas daging, taburkan cheese cheedar dan mozarella.
5. Akhir sekali bakar selama 40 minit beserta suhu 170.

Dah siap!

Kalau korang yang suka pedas, korang boleh makan bersama sos cili.
Sumber: Ilham Media

Post a comment

0 Comments