Bunyi ayat al-Quran ganggu tidur, pemuda tikam imam masjid sedang mengaji



Kebiasaannya, masjid dan surau akan mengalunkan bacaan ayat suci al-Quran selepas menunaikan solat subuh. Perkara ini sudah menjadi kebiasaan di Malaysia dan diterima baik oleh masyarakat beragama lain.
Namun baru-baru ini, seorang imam dilaporkan cedera di bahagian dada selepas ditikam seorang lelaki kerana menganggu tidurnya dengan membaca al-Quran menggunakan pembesar suara.

Tikam imam masjid sebab buat ‘bising’

Menurut Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi, suspek yang berusia 24 tahun itu muncul dari belakang mangsa dan menikam dada imam tersebut menggunakan pisau.
“Ketika kejadian, dua jemaah lain sedang berehat di ruang belakang masjid. Mereka sempat memberi bantuan kepada mangsa selepas melihat tragedi tersebut.”
Mohd Amin Md Nor, 37, telah dikejarkan ke Unit Kecemasan, Hospital Besut untuk mendapatkan rawatan dan menerima tujuh jahitan di bahagian dada.

Suspek positif dadah dan mempunyai rekod jenayah

Video Player
00:00
02:01
Polis berjaya menangkap suspek yang tinggal kira-kira 100 meter daripada lokasi masjid berkenaan. Selain itu, mereka turut merampas pisau yang digunakan untuk menyerang mangsa.
Tambah Mohd Zamri, suspek yang positif dadah turut mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes mencederakan orang dan penyalahgunaan bahan larangan itu.
Menurutnya, suspek kini direman untuk siasatan lanjut kerana sengaja menyebabkan kecederaan parah dengan menggunakan senjata berbahaya.
Sumber: Sinar Harian

Post a comment

0 Comments