Bayar balik lebihan caj - TNB



TENAGA Nasional Berhad (TNB) akan memastikan setiap aduan berhubung bil tinggi disiasat dan tindakan memulangkan semula lebihan bayaran dilakukan jika terbukti berlaku.
TNB dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan lebihan caj akan dikreditkan semula dalam bil pelanggan.
“TNB akan terus bekerjasama dengan Suruhanjaya Tenaga (ST) dalam menangani isu ini dan kepada pelanggan yang terbabit, kami memohon maaf atas kesulitan yang timbul.
“Kami memandang serius kerisauan serta kegusaran pelanggan yang merasakan berlaku peningkatan ketara dalam bil mereka dan komited untuk merungkaikan permasalahan itu,” kata kenyataan itu.
Menurutnya, satu usaha menyeluruh sedang dilaksanakan TNB untuk menangani isu berkenaan dengan terperinci termasuk membantu pelanggan yang menerima bil tinggi secara bersemuka di Kedai Tenaga yang berhampiran atau dengan menghubungi TNB CareLine di talian 1-300-88-5454.

Post a Comment

0 Comments