“Air Wuduk & Solat Tidak Akan Sah” - Prof Muhaya Jelas Keburukan Pakai Eyelash Extension


Rata-rata anda boleh lihat bahawa kecantikan telah dijadikan sebagai perkara paling penting bagi setiap wanita. Malahan, ada juga yang sanggup menambah bulu mata palsu semata-mata untuk tampak lebih anggun dan cantik.

Mereka juga menambah bulu mata palsu dengan tujuan untuk menampakkan bulu mata lebih lentik dan panjang berbanding dengan bulu mata asal.

Kononnya ingin kelihatan bak 'anak patung', namun sebenarnya bulu mata palsu akan menyebabkan solat anda tidak sah dan banyak lagi kesan buruk lain.
eyelash extension (how to do)
Image via Google
Dengar penjelasan daripada pakar bedah mata iaitu Prof Dr. Muhaya di bawah mengenai isu ini:
Di dalam video tersebut beliau juga menjelaskan bahawa mengikut statistik, kira-kira 90 peratus orang di Malaysia tidak solat cukup 5 waktu.

Malah, yang cukup solat pula masih belum dapat dipastikan sama ada mereka mengambil wuduk dengan sempurna atau tidak.

Salah satu perkara yang menjadikan wuduk anda tidak sah adalah dengan pemakaian bulu mata palsu (eyelash extension) yang kini semakin berleluasa dalam golongan wanita

Kenapa wuduk anda menjadi tidak sah jika anda memakai bulu mata palsu?

Ini kerana plastik yang digunakan dan diletakkan pada bulu mata anda mempunyai gam tebal yang boleh menutup dan juga menghalang air daripada mengalir pada bahagian bulu mata anda.

Sekaligus menjadikan wuduk anda tidak sah kerana air tidak terkena pada bahagian tersebut. Jika anda terus solat tanpa memastikan setiap bahagian yang perlu sudah terkena air wuduk, manakala solat anda juga secara automatik menjadi tidak sah.

Ia juga telah menjadi salah satu kebimbangan Prof Dr Muhaya terhadap isu pemakaian eyelash extension ini.

Ingin tahu apa kesan pemakaian eyelash extension ini? Lihat video di bawah:

Di dalam video tersebut beliau telah menunjukkan bagaimana bulu mata palsu anda dilekatkan dengan gam yang agak tebal. Malah, bukan setakat itu sahaja, kesan pemakaian ini juga akan menyebabkan mata anda tidak sihat, merah dan juga berair.

Sangat membahayakan.
eyelash extension
Bulu mata palsu yang dilekatkan dengan gam yang sangat tebal dan menghalang pengaliran air wuduk.



Prof Dr Muhaya juga turut menjelaskan bahawa bagi orang Islam, pemakaian bulu mata palsu ini akan menyebabkan wuduk dan solat anda tidak sah.
Jadi, elakkan daripada memakainya.

Sumber: Says

Post a Comment

0 Comments