Tidak Mahu Kalah, Pawagam Indonesia Tayang ‘Avengers: Endgame’ Seawal 5 Pagi

avengers endgame

Jika pawagam tempatan seperti GSC dan TGV memulakan tayangan Avengers: Endgame seawal jam 7 pagi pada 24 April 2019, pawagam di Indonesia juga tidak mahu ketinggalan membuat tayangan awal untuk filem ini.
Malah, ianya bakal ditayangkan lebih awal berbanding di Malaysia, seawal jam 5.00 pagi! Berita berkenaan dikongsikan oleh laman Fans Filem Box Office di mana tayangan jam 5.00 pagi ini akan berlangsung di 12 lokasi pawagam Cinemaxx terpilih di Indonesia.
Jadi, jika anda mahu jadi antara yang terawal menonton filem ini di pawagam, anda boleh mula cari tiket untuk terbang ke Indonesia. Jika terlintas spoiler di laman sosial seawal jam 8 pagi ke atas pada tarikh 24 April, kita sudah tahu dari mana spoiler itu muncul. Jangan TGV, MBO atau GSC buat kejutan seperti ini pula dalam masa terdekat.
Sumber: TheVocket

Post a Comment

0 Comments