Mengikut jejak langkah AirAsia dan Malindo Air, kini Malaysia Airlines tidak lagi menyediakan daftar masuk bagasi percuma untuk tiket penerbangan termurah. Pastikan anda menyemak terlebih dahulu sama ada anda layak untuk menerima bagasi percuma atau tidak.
Ia dilaksanakan untuk semua penerbangan domestik dan antarabangsa namun ia dikecualikan untuk penerbangan ke Madinah dan Jeddah yang masih kekal dengan daftar masuk percuma sebanyak 30kg untuk semua kelas Ekonomi.

Difahamkan, penerbangan domestik kelas Economy Lite kini tidak lagi menerima bagasi daftar masuk percuma, manakala penerbangan antarabangsa untuk kelas Economy Promo hanya menawarkan bagasi daftar masuk 20kg sahaja.

Penerbangan Domestik


Penerbangan Antarabangsa


Namun, penerbangan kelas ekonomi masih lagi boleh membawa “hand carry” percuma 7kg.  Untuk ahli Enrich pula, anda masih lagi menerima bagasi daftar masuk tambahan percuma. Kadar baru bagasi percuma ini berkuatkuasa untuk tempahan bermula dari 8 April.