Terpacak di pawagam dari 6.30 pagi, ada yang sanggup ‘ponteng’ kerja demi Avengers



Filem Avengers: Endgame yang dinanti-nanti oleh seluruh peminat akhirnya ditayangkan di pawagam. Peminat di seluruh dunia tidak sabar untuk mengetahui konklusi bagi Marvel Cinematic Universe selepas 10 tahun ditayangkan.

Avengers: Endgame ditayangkan 2 hari awal di Malaysia


Malaysia adalah antara negara terawal yang menayangkan filem ini iaitu pada 24 April, hari ini. Filem ini ditayangkan di Malaysia dua hari awal berbanding negara-negara terkenal seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Sanggup apply cuti demi Avengers

Bukan sesuatu yang luar biasa apabila tiket tayangan perdana Avengers: Endgame di beberapa pawagam terpilih laris, malah habis terjual dalam masa yang singkat.

Pawagam penuh seawal 6.30 pagi

Namun, perkara yang menjadi perbualan ramai ialah kesanggupan sesetengah pekerja meminta cuti untuk menonton filem tersebut seawal jam 6.30 pagi.

Peminat luar negeri tak kesah memandu jauh, demi tayangan perdana Avengers

Malah, ada yang sanggup memandu daripada negeri lain sehingga ke Kuala Lumpur untuk menyaksikan filem berkenaan.
Mohd Faizal Muda, 35, bersama rakan-rakannya yang berasal daripada Kuantan menyatakan yang dia tidak kesah memandu jauh demi menyaksikan filem Avengers.

Menetap di hotel berdekatan pawagam

Syahizan Amir Abd Wahab, 42 tahun memberitahu dia sengaja menetap di hotel yang berdekatan dengan pawagam di Mutiara Damansara, supaya dia tidak terlepas menonton filem Avengers: Endgame yang mula disiarkan seawal 6.30 pagi.
Sumber: WorldOfBuzz, Oh My Media

Post a Comment

0 Comments