Resepi Mudah Cookies Chocolate Chip Ala-Ala Famous Amous, Tak Cukup Sebalang Ni!

Pernah tak kalau masuk shopping mall, korang tergoda dengan bau cookies dari kiosk famous amous? Memang tak tahan, sampai terbeli walaupun niat asal bukan nak makan cookies. Apa kata kali ini, korang cuba sendiri resepi cookies ala-ala famous amous dari Deria Yaya Aryuda. Nampak mudah dan senang. Memang tak cukup sebalang rasanya..

Choc chips ala famous amous


250 gram butter suhu bilik
1 1/2 brown sugar
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-caranya..


Gaul bagi rata guna senduk kayu, jangan pukul bagi kembang. Ni buat biskut bukan bahulu ye, cukup rata sekata je dah okay. Butter tu tak kisah nak pakai jenama apepun yang penting jangan guna magerin sebab saya tak pernah guna, risau tak jadi pulak. Okay, bila dah rata semua bahan tu masukkan :
– Tepung Gandum 2 1/2 cawan
– Tepung Jagung 2 1/2 cawan
– 1 sudu kecil baking powder
– 1 sudu kecil soda bikarbonat ( Soda bikarbonat ini yang serbuk tu tau, jangan masuk air soda gas tu pulak)

Bulat kecik ngam macam saiz sudu KFC

Lepastu gaul bagi rata semua tu, kemudian masukkan 6 sudu besar minyak masak gaul bagi rata lagi. And last sekali masukkan 2 cawan coklat chip. Lebih banyak chips lebih sedap, nak tambah kacang pun boleh. Lepastu dah siap gaul semua bahan dan rata, masukkan dalam peti ais biar 30minit, lepastu kuarkan balik ambil sudu KFC yang kita selalu makan kentang putar tu bentuk kan dia.
Bulat kecik je ngan ngam size sudu KFC tu. Nanti bila tengah bakar die akan kembang sendiri. Bakar atas api atas bawah suhu 150 20 minit. Kalau suka garing lebihkan masa bakar. Tapi jangan sampai hangit yer..

Post a Comment

0 Comments