Resepi Bomboloni Nutella Viral ‘Gebu-Gebas’, Confirm Tak Cukup Satu!

Jika anda perasan, sekarang ini viral satu resepi iaitu bomboloni yang sama seperti donut. Apa yang menariknya, bomboloni ini mempunyai pilihan inti berbanding donut biasa.
Kalau beli, sebiji bomboloni ini harganya antara RM2 hingga RM4, agak mahal kan? Daripada anda beli, apa kata buat sahaja sendiri di rumah dengan mengikuti resepi yang dikongsikan oleh pengguna Facebook ini. Memang mudah dan sedap!

Bomboloni berintikan Nutella

Bomboloni viral, inti Nutella. 1st time buat, Alhamdulillah menjadi. Gebus je, di bawah saya sertakan resepi. Buat mak-mak yang nak buat untuk anak boleh cuba. Senang sangat. Adunan dapat dalam 14 biji, saya buat besar, kalau buat kecil dapat banyak lagi.
Bahan A
  • 1/2 cawan susu segar (pakai brand Dutch Lady yang putih).
  • 2 sudu kecil yis
Bahan B
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar majerin/butter
  • 1/2 sudu kecik garam
  • 1 sudu besar gula pasir
  • 1 biji telur

Cara-cara

1. Panaskan susu segar. Agak-agak bagi suam je. Padam api masukkan yis, kacau sebati. Rehatkan selama 15 minit.
2. Sementara itu, gaul semua bahan-bahan B kecuali telur sampai jadi macam serbuk roti.
3. Lepas itu, masukkan bahan A dan telur uli sampai tak lekat kan tangan.(jangan tambah tepung) dah siap uli, rehatkan doh 15 minit sampai naik 2 kali ganda doh. Dah rehat doh 15 minit, tumbuk-tumbuk doh supaya buang angin.
4. Kemudian, canaikan doh, rollerkan sampai nipis. Tekap pakai apa-apa acuan yang bulat seperti gelas.
5. Lepas dah tekap, rehatkan kejap dalam 15 mnit lagi. Lepas itu boleh goreng.
6. Tips nak dapatkan gelung yang cantik, goreng api perlahan. Masuk sekali jangan terbalikkan sampai warna dah perang-perang sikit 1 side tu, baru terbalikkan sebelah lagi. Lepas itu boleh angkat terus. Dah suam-suam sikit salutkan dengan gula castor/icing.
7. Buat lubang pakai straw ataupun lidi. Masukkan Nutella atau apa-apa filling mengikut citarasa anda.
Sumber: Nur Wardah

Post a comment

0 Comments