Pulau Pangkor Bakal Menjadi Pulau Bebas Cukai Menjelang 2020

pulaupangkor8-141

Bermula 1 Januari 2020 ini, Pulau Pangkor akan menerima status pulau bebas cukai seperti Langkawi. Kenyataan ini disampaikan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah. Menurut titah baginda, pihak kerajaan sudah membuat permohonan untuk menggazetkan Pangkor sebagai pulau bebas cukai.
Ini bermaksud Pulau Pangkor akan dikecualikan daripada Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST). Status Pulau Pangkor bebas cukai telah diumumkan oleh kerajaan sebelumnya pada pembentangan bajet 2018 di parlimen.
pangkor
SUMBER: SHAHID TRAVEL & TOURS SDN BHD
Dalam pembentangan bajet tersebut menyebutkan perlaksanaan cukai ini akan melibatkan semua barangan kecuali produk tembakau, alkohol dan kenderaan. Pelancong dan pengusaha pelancongan sebelumnya juga menyambut kenyataan ini sebagai suatu perkara yang akan membantu sektor pelancongan dan ekonomi Pulau Pangkor.

Post a comment

0 Comments