Pukki Pemain Terbaik Liga Kejuaraan



PENYERANG Norwich City, Teemu Pukki menerima anugerah selaku Pemain Terbaik Liga Kejuaraan Inggeris musim ini.
Pemain berusia 29 tahun itu muncul tonggak paling menyerlah dalam kempen menyaksikan kelab terbabit melonjak ke tangga teratas Liga Kejuaraan dan kian hampir beraksi dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan.
Pukki ditandatangani menerusi perpindahan percuma pada musim panas lalu dari kelab Denmark, Brondby adalah penjaring terbanyak Liga Kejuaraan dengan 26 gol.
Dia turut melakukan sembilan bantuan (assist) untuk rakan sepasukan.
Dia mengatasi pemain Sheffield United, Billy Sharp dan Che Adams (Birmingham City) untuk meraih anugerah itu, semalam.
Pukki berkata: “Ia satu penghormatan untuk memenangi anugerah ini. Saya benar-benar gembira dengan pengiktirafan ini.
Saya benar-benar seronok menikmati saingan musim ini, beraksi dalam liga fantastik tetapi kami semua tahu masih ada banyak perlawanan lagi perlu dihadapi.
“Terdapat ramai pemain hebat pada majlis kali ini, jadi ia sangat istimewa dapat memenangi anugerah berada di tangan saya ini.”
Penyerang Luton Town, James Collins selaku Pemain Terbaik League One musim ini.
James Norwood meraih anugerah pada untuk League Two.

Post a comment

0 Comments