Proton Iriz Sedia Untuk Dimiliki Dengan Harga Serendah RM36,700

190201-proton-iriz-2019-04

PROTON Holdings Berhad baharu sahaja melancarkan dua buah model baharu iaitu Proton Iriz dan Persona 2019. Sebelumnya dua buah model ini telah diperkenalkan di Pameran Auto Malaysia. Pengenalan dua model ini merupakan hasil usaha penambahbaikan secara menyeluruh melibatkan lebih 300 bahagian.
Menurut Pengerusi PROTON, Datuk Seri Syed Faisal Albar berkata pelancaran dua model ini merupakan salah satu galakan untuk membaikpulih semua jenama tersebut. Penawaran harga yang berpatutan juga merupakan salah satu faktor penarik untuk pengguna memilih kedua-dua model ini.
220315
SUMBER: SINAR HARIAN
Proton-Persona-2019-Facelift-Malaysia_PanduLaju.jpg66-e1552276168639
SUMBER: PANDU LAJU
Harga atas jalan (OTR) model Iriz 2019 ini telah ditetapkan antara RM36,700 hingga RM50,700 untuk Semenanjung Malaysia manakala RM38,700 hingga RM52,700 untuk pasaran Sabah dan Sarawak. Harga atas jalan (OTR) untuk model Persona 2019 pula ialah RM42,600 dan RM54,600 untuk pasaran Semenanjung Malaysia dan RM44,600 hingga RM56,600 untuk Sabah dan Sarawak.
SUMBER: The ajerul

Post a comment

0 Comments