Photo: Vitdaily

Januari lalu, Datuk Bandar Kuala Lumpur Nor Hisham Ahmad Dahlan mengumumkan berita gembira buat golongan bujang berpendapatan rendah di mana mereka bakal menikmati kadar sewa bilik serendah RM100 sebulan menerusi skim ‘micro-housing’ mulai tahun ini.
Nampaknya, permohonan mendiami Perumahan Bandar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan dibuka khas untuk golongan bujang B40 yang bekerja di sekitar ibu kota awal Ogos ini.
Difahamkan, sebanyak 323 permohonan akan dibuka dan akan dibahagikan kepada dua fasa iaitu sebanyak 188 pada fasa pertama manakala 135 bagi fasa kedua.
“Konsep yang dilaksanakan adalah sewa bilik secara berkongsi. Sebanyak empat atau enam katil akan disediakan di setiap bilik mengikut keluasan.
“Kami akan menyediakan pelbagai kemudahan termasuk katil dan almari dengan harga sewa RM100 sebulan termasuk penggunaan elektrik dan air,” katanya kepada Utusan Online.
Katanya lagi, pihaknya telah memperuntukkan kira-kira RM7 juta bagi mengubah suai bahagian dalaman dua blok tujuh tingkat premis 54 dan 56 di Jalan Tunku Abdul Rahman.
Memetik laporan BFM News, jelas Nor Hisham lagi,  diharap usaha tersebut dapat membantu mengurangkan masalah golongan muda yang memerlukan tempat kediaman di peringkat awal alam pekerjaan di ibu kota.

Antara syarat-syarat kelayakan pemohon:

1. Seorang warganegara Malaysia
2. Berusia 18 hingga 35 tahun
3. Berpendapatan kurang RM2,000 sebulan
3. Bekerja di ibu kota, Kuala Lumpur
4. Tidak memiliki rumah dan kereta, (jika didapati membeli rumah, mereka akan diminta berpindah).
Antara kemudahan yang disediakan di perumahan bandar tersebut adalah tempat letak basikal dan motosikal, ruang santai, surau, pejabat penyelia, dobi, ruang membaca, pantri, dan tandas.
Mereka yang berminat boleh membuat permohonan secara dalam talian di http://eperumahan.dbkl.gov.my/erumah
Sumber: Vitdaily