Penduduk Terima Gegaran Letupan Di RAPID Pengerang, Johor

Sebuah gegaran dirasai penduduk Pasir Gudang apabila kilang petrokimia di Pengerang, Johor dilaporkan meletup dan terbakar jam 1.28 pagi tadi. Menurut laporan Astro Awani, difahamkan kilang tersebut adalah salah satu projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid).
Insiden terbabit menyebabkan dua warga tempatan mengalami kecederaan dan siasatan mengenal pasti punca akan dijalankan Jawatankuasa Keselamatan Dan Sosial (JAKSAS) Negeri Johor, Jawatankuasa Bencana Peringkat Daerah dan pihak Pengurusan keselamatan Petronas Rapid Pengerang.

Punca masih dalam siasatan

Bagaimanapun, tinjauan pada pagi ini telah mendapati kebakaran tersebut telah berjaya dipadamkan. Sementara itu Petronas telah mengesahkan letupan dan kebakaran di Kompleks Bersepadu Pengerang jam 1.25 pagi tadi dan punca masih dalam siasatan.
Pasukan kecemasan dan kebakaran kami dikerahkan ke lokasi kejadian dan api dapat dipadamkan dalam 30 minit kemudian. Ketika ini situasi dalam keadaan terkawal dan pihak berkuasa sudah pun dimaklumkan mengenai kejadian itu. Punca kejadian masih dalam siasatan dan maklumat lanjut akan disalurkan kemudian.

Kenyataan Petronas

Petronas mengeluarkan kenyataan susulan insiden tersebut dan menyifatkan pasukan bomba dan penyelamat berjaya padamkan api dalam masa lebih kurang 30 minit sahaja. Situasi pada pagi tadi masih terkawal.

Kenyataan pihak polis

Pihak polis mengesahkan hanya 2 orang yang mengalami kecederaan dalam insiden tersebut dan telah menerima rawatan di Pusat Kecemasan Perubatan RAPID Pengerang. Seramai 30 kakitangan Bomba ERT Petronas RAPID telah berjaya memadamkan api kebakaran dalam masa 30 minit. Tambahan, pihak polis turut memuji kerja ERT PETRONAS RAPID yang mampu dan tangkas dalam mengawal insiden tersebut.

Video letupan dan kebakaran


Banyak video dan foto berhubung insiden ini telah viral di media sosial termasuk video yang dimuatnaik pengguna Twitter, Sheqal. Visual ini menyaksikan detik cemas penduduk pada awal pagi tadi apabila menerima gegaran dan letupan di lokasi kejadian.

Sumber: Astro Awani, Ohbulan!

Post a Comment

0 Comments