Pasukan Menyelamat Terima ‘Gambaran’ Orang Tua Berjubah, Kehilangan Pelari Kekal Misteri

Sabtu lalu, berlangsung acara larian denai Gopeng Ultra yang bermula di Gua Tempurung, Gopeng, Perak. Namun, kehilangan salah seorang pesertanya, Mohammad Ashraf Hassan masih kekal kekal tanda tanya kerana tidak sampai ke garisan penamat dalam masa ditetapkan.
Pencarian Mohamad Ashraf atau Acap turut diselubungi misteri apabila pasukan yang mencarinya mengalami kisah aneh dalam usaha itu, seperti diceritakan pengguna Facebook, Tok Anjang.

Dengar bunyi motor di puncak bukit

Sambungan perkongsian usaha berterusan SAR mencari mangsa sesat Mohamad Ashraf bin Hassan asal Muar Johor di Bukit Batu Puteh, Kg Pintu Padang, Gopeng. 28/3/2919
Hari ini Tok Anjang ke Kg Pintu Padang lewat sampai jam 3.30. Siap menunggu Li grik, Iqbal MAYC dan grup RGS. Sesampai je Tok Mie dan Hj Wok dari kuala Kangsar kami terus mendaftar nama dan naik ke puncak Bukit Batu Putih. Hampir sampai ke puncak kami disambut dengan hujan renyai renyai. Kami sempat berjemaah Asar. Selesai Tok Mie membaca doa panjang mohon dipertemukan dengan ACAP, kami terus memulai slot mengesan lokasi Acap yang dikatakan disorok oleh makhluk halus.
Dalam suasana sunyi diringi hujan renyai renyai kami berzikir diketuai oleh Hj Wok, perkara aneh berlaku. Majoriti daripada 16 orang yang berada disitu mendengar bunyi motor di puncak bukit. Juga mendengar bunyi orang bercakap cakap dengan perlahan.

Diberi gambaran batu-batu besar

Seterusnya perlahan-lahan sedang semua berzikir itu muncul gambaran lokasi-lokasi di minda minda 16 orang yang berada disitu. Setelah diminta buka mata kami berkongsi visual yang kami lihat. Majoriti diberi gambaran batu batu besar. Tok nampak ketulan batu besar putih. Hairan juga. Macam diatur atur. Namun yang lebih mengejutkan ada seorang yang selalunya jadi org yang pertama menolak benda-benda dan amalan pelik mendapat gambaran yang lain dari semua orang.
Beliau didatangi seorang tua berjubah, berserban putih dan bertongkat berdiri tegak dibelakang isteri Tok. Berdiri diam beberapa lama melihat tanpa bergerak kumpulan zikir kami. Sahabat kita cuba berkomunikasi dalam minda dengan orang tua bertongkat bertanyakan Acap tapi orang tua itu diam lama. Pada akhirnya menyebut Kandu dan hilang.
Jam menunjukkan jam 6.10 ptg dan kami kemudian mulai turun. Dibawah kami menemukan batu batu yang digambarkan tadi. Dalam kehairanan kami mula mencari dikawasan tersebut sambil memanggil nama Acap. Namun tiada tanda apa apa.

Acap, tunggu dan kuatkan semangat

Kami terus turun perlahan lahan dalam hujan renyai dengan harapan tinggi menemui Acap. Sehingga ke base camp dalam keadaan penat namun tidak kecewa sebab harapan masih ada selagi ada insan yang tidak putus putus datang untuk membantu mencari.
Dalam perjalanan turun kami menemui 2 grup india yang begitu tegar dan prihatin untuk menjejak Acap. Terima kasih Malaysia.
Di Homestay Mak Anjang ramai dari PAS Gopeng hadir untuk solat Maghrib dan baca yassin diadakan.
Acap….. Tunggu dan kuatkan semangat, besok akan ada grup yang akan bawak kamu keluar. INSYAALLAH.

Operasi diteruskan Bomba

Utusan Malaysia melaporkan operasi pencarian pelari itu dihentikan semalam setelah seminggu, berdasarkan prosedur operasi standard (SOP). Bagaimanapun, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan meneruskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dalam skala kecil.
Gerakan mencari mangsa sepanjang tujuh hari itu sebelum ini disertai seramai 180 pegawai dan anggota daripada pelbagai agensi serta kira-kira 700 ke 800 orang awam.
Sumber: Tok AnjangBernamaUtusan Malaysia, OhBulan

Post a comment

0 Comments