Pandai pujuk dan memahami, sebab gadis Kedah ini pilih jejaka Afrika sebagai teman hidup



Sememangnya cinta itu tidak mengenal warna kulit dan bangsa, begitulah kisah cinta menarik antara seorang gadis ini dengan seorang lelaki dari Guinea, Afrika Barat.
Foto majlis perkahwinan mereka yang berlangsung pada 26 April lepas, telah mula tular di laman sosial. Rata-rata netizen menyifatkan perkahwinan tersebut sebagai suatu yang unik dan menarik.
Gadis yang dikenali sebagai Nur Afilah Amir Rushdi berusia 24 tahun itu, telah memilih Adama Mohammed Camara sebagai teman hidup.

Kalau dah jodoh…

Detik mula2 kenal!

Menurut Afilah dia mengenali suaminya ketika di sebuah Kafe di Pavillion, Kuala Lumpur. Ketika bersendirian di kafe berkenaan, sejujurnya dia sedang menangis apabila menghadapi masalah dengan rakan serumahnya.
Namun suaminya yang memerhatikannya, menegurnya dan bermula dari situlah dia mengenali suaminya yang kini sedang menyambung pengajian peringkat Master di Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZa).

Suami sungguh2 nak kenal…

Kesungguhan suaminya yang ingin mengenalinya juga telah membuatkan Afilah tertarik dengan keperibadian Adama.
Walaupun berlainan bangsa, namun bagi Afilah sikap suaminya yang baik hati, penyayang, sabar dan bijak adalah ciri-ciri lelaki idamannya.
Majlis yang berlangsung di Jitra Kedah itu telah menarik perhatian apabila turut menerima kehadiran rakan Adama dari Afrika Selatan.

Urusan dipermudahkan, keluarga terima…

Penerimaan keluarga Afilah yang menerima kehadiran Adama dengan hati terbuka seterusnya merestui perkahwinan mereka telah membuatkan segala urusan perkahwinan dipermudahkan.
Menurut Afilah, semasa dia dalam fasa perkenalan dengan suami, ibunya telah mengetahui perhubungan mereka. Namun apabila suaminya berjumpa keluarga ayahnya turut merestui hubungan mereka.

Post a comment

0 Comments