Mercu ikonik Kuala Terengganu hampir siap, ‘Jambatan Angkat’ bakal jadi tumpuan kaki melancong



Satu lagi lokasi menarik di Kuala Terengganu bakal menjadi tarikan pengunjung apabila dijangka akan siap sepenuhnya pada bulan ini.
Jambatan Angkat, nama lokasi yang akan mendapat tempat dihati pengunjung dan ia merupakan salah satu ciptaan ikonik apabila reka bentuknya kelihatan amat cantik dan unik.
Ia diberi nama seperti itu kerana jambatan tersebut boleh diangkat di pertengahannya bagi memudahkan laluan kapal-kapal besar.
Jambatan sepanjang 638 meter itu juga menghubungkan Muara Selatan Pusat Bandaraya dan Muara Utara Seberang Takir (Kuala Terengganu – Kuala Nerus).
Ia mengambil masa 20 minit untuk naik (dibuka untuk laluan kapal) dan kurang 20 minit untuk turun (dibuka kepada kereta dan motosikal).
Lebih menarik apabila ia terbahagi kepada dua bahagian iaitu sebelah utara yang menempatkan restoran di tingkat 14 manakala tingkat 13 pula menempatkan ruang solat dan bilik air.
Difahamkan, jambatan ikonik pertama di Asia Tenggara itu bakal menjadi salah sebuah mercu tanda bagi negeri Darul Iman itu sebagai pilihan destinasi pelancong.
Walaupun masih dalam fasa terakhir pembinaan, rata-rata orang ramai mengambil kesempatan untuk mengambil gambar dengan berlatarbelakangkan pemandangan berkenaan.
Sumber : Instagram , freemalaysiatoday, Oh My Media

Post a Comment

0 Comments