‘Lain Rasanya Ibu Kehilangan Anak, Rindu Tiada Penghujung’ – Ibu Gigil Hadiri Konvokesyen Arwah Anak

Setelah bertungkus-lumus belajar beberapa tahun, majlis konvokesyen adalah hari yang ditunggu-tunggu setiap pelajar. Segala penat lelah terbayar apabila naik ke pentas menerima skrol. Lain pula bagi ibu bapa graduan Diploma Bangunan UiTM Seri Iskandar Perak, Mohd Ridwan Farid.
Wanita 54 tahun itu terpaksa menahan sebak apabila naik ke pentas mewakili anaknya yang maut dalam satu kemalangan jalan raya, 19 November lalu.

Dijemput Ilahi November lalu

Ibu arwah, Patimah Siro berkata, arwah Mohd Ridwan ada memeluknya pada satu pagi sambil memakai uniform kerja ayahnya. Itulah kali terakhir dia melihat anaknya itu sebelum menerima perkhabaran nahas menimpa anak bongsu itu.
Kejadian berlaku lima hari selepas konvo abang dia. Dia kata lepas abang, lepas ni persiapan untuk dia pula. Dia beli baju kurung hitam untuk saya pakai masa konvo abangnya dan untuk konvonya, dia akan beli baju yang lain pula.
Malah, pagi sebelum kejadian dia nampak biasa sahaja, ceria.
Dalam Istiadat Konvokesyen UiTM ke-90 di Kampus Seri Iskandar, Perak, petang semalam itu, bapa arwah, Md Farid Mohd Hassan mewakili anaknya menerima skrol daripada Naib Canselor UiTM, Prof. Dr Mohd Azraai Kassim.

Sebak tengok suami naik pentas

Menurut Patimah, pemergian dia dan suami dari Jempol, Negeri Sembilan menuju ke Seri Iskandar diselubungi kesedihan sepanjang perjalanan.
Sepanjang perjalanan memang sayu. Memang sedih kalau kita rasa kehilangan. Anak kehilangan ibu lain rasanya, ibu kehilangan anak lain rasanya, kerinduan yang tiada penghujungnya dan tak pernah hilang.
Walaupun sedih, tapi kena kuatkan juga semangat untuk sampai ke sini terima diploma ini. Ini kenangan terakhir dia.
Ujarnya lagi, dia menggigil ketika melihat suaminya naik ke pentas menerima skrol bagi anak mereka.
Saya menggigil tengok suami di atas pentas masa ambil skrol anak. Tak dapat nak cakap apa perasaan masa tu. Sebak sangat. Apa tidaknya, bila tengok semua anak orang lain yang naik pentas. Kami selalu datang ke sini bersama, tapi kali ini hanya kami berdua sahaja.
Sumber: Sinar HarianFalihin Jasmi, Ohbulan!

Post a comment

0 Comments