“Kerja rumah semua tugas abang..” – Ebit Lew layan isteri bak bidadari buat ramai cemburu



Bagi individu yang mengikuti pendakwah terkenal ustaz Ebit Lew di laman media sosial, pasti tersentuh hati melihat cara penyampaian ilmunya terhadap orang ramai.
Ustaz berusia 34 tahun itu juga amat menghargai dan menyayangi isterinya, Ahliya Ebit yang turut dipanggil bidadari sehingga menerbitkan sebuah buku bertajuk Isteriku Bidadari.
Terbaru, beliau memuat naik sebuah posting di laman Instagram memohon maaf terhadap isterinya kerana sering sibuk dengan jadual seharian sehingga tidak dapat membantu bagi melakukan kerja rumah.

“I love u sayang. Bidadariku, sedih ke abang sibuk sangat. Maaf yer selalu sibuk tak sempat tolong sayang dekat rumah.

“Semua ini tugas abang sebenarnya. Terima kasih sayang bidadariku kerana mulianya hatimu. Kurnia Allah.

“Taklah abang. Sebab setiap kali abang ada dekat rumah kita mesti sempat dating berdua.

“Berdua-duaan. Mengadap berdua. Saya sayang awak abang.. Jom selfie abang.. Jom sayangku bidadariku,” tulisnya.

Tambah Ebit, beliau tidak pernah lupa untuk menyebut nama isterinya apabila setiap kali berdoa dan meluahkan perasaan cinta serta sayang terhadap ibu kepada tiga cahaya mata itu.

“Abang setiap kali lepas solat tak pernah tak sebut nama bidadari sayang dalam doa. Ya Allah diriku sangat cinta sayang padanya.

“Cintai dan sayangilah dirinya.. Patutlah selalu rasa abang dekat hati sayang. Allah letak kita sentiasa bersama walau dimana-mana.

“Tiada yang satukan dekatkan hati kita melainkan Allah.. Terima kasih Allah atas nikmat ini,” katanya.


Posting tersebut mengundang perhatian peminat dan pengikutnya di Instagram dimana rata-rata tumpang gembira melihat kebahagiaan dan kasih sayang antara pasangan itu.
Tidak kurang ada juga yang menyatakan wanita itu sangat beruntung memiliki suami seperti Ebit kerana sering memahami dan menghargai pengorbanan seorang isteri.

Teruskan jadi contoh kepada semua kaum Adam!

Kalau la semua suami macam ni…

Cemburu tengok ustaz & bidadari

Allah sayang orang berkasih sayang

Bertuah & beruntung bidadari ustaz

Sumber : Ebit Lew, Oh My Media

Post a comment

0 Comments