Ini Sebab Terjadi Kejadian Belalai Air Di Pulau Pinang Semalam

Semalam negara dikejutkan dengan satu kejadian puting beliung di kawasan Tanjung Bungah, Pulau Pinang.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 2.15 petang itu telah menyebabkan beberapa bumbung di kawasan perumahan sekitar Tanjung Bungah tercabut dan penduduk setempat lari berselindung di tempat yang selamat.
Puting beliung kecil ini lebih dikenali sebagai belalai air atau waterspout. Ia terjadi akibat daripada kejadian ribut petir dalam keadaan awan yang rendah. Terdapat dua jenis belalai air yang biasa terjadi iaitu belalai air jenis tornadik dan belalai air jenis cuaca baik.
“macam puting beliung!”, ini sebab terjadinya belalai air di pulau pinang
Kedua-dua jenis belalai air ini memerlukan kelembapan udara dengan suhu air yang tinggi, berbanding dengan udara sekeliling. Belalai air ini biasanya terjadi dikawasan pesisir pantai dan hanya berlaku dalam masa yang singkat.
Kejadian sama juga pernah berlaku di Teluk Cempedak pada Julai 2014 dan Selat Tebrau, Johor pada Disember 2013.



Sumber: National Geographic

Post a comment

0 Comments