Hanya Ada 4 Warna Passport Dalam Dunia Dan Ini Maksud Warna Tersebut

Kebanyakkan orang mungkin tidak perasan tentang warna kulit passport masing-masing. Tetapi tahukah anda hanya ada 4 warna kulit passport diseluruh dunia dan setiap warna tersebut mempunyai maksudnya yang tersendiri?

hanya ada 4 warna passport dalam dunia dan ini maksud warna tersebut

  1. Merah
hanya ada 4 warna passport dalam dunia dan ini maksud warna tersebut

Merupakan warna yang paling banyak digunakan. Warna merah menunjukkan negara tersebut pernah dijajah komunis, British, atau ahli kesatuan European Union (kecuali Croatia) dan juga ahli Andean Community of Nations. Antara negara yang mempunyai passport merah adalah seperti Serbia, Russia, Latvia, Slovenia, Poland, China, Romania dan Malaysia.
  1. Biru
hanya ada 4 warna passport dalam dunia dan ini maksud warna tersebut

Juga dikenali sebagai ‘new world’, antara negara yang mempunyai passport biru adalah Amerika Syarikat, 15 negara-negara Caribbean, Brazil, Argentina dan Paraguay.
  1. Hijau
hanya ada 4 warna passport dalam dunia dan ini maksud warna tersebut

Kebanyakkan negara di Afrika dan Arab mempunyai passport berwarna hijau. Negara-negara yang mempunyai penduduk Islam seperti Morocco, Pakistan dan Arab Saudi menggunakan passport hijau kerana warna hijau adalah warna kegemaran Baginda Nabi Muhammmad SWT. Negara di Afrika Barat seperti Nigeria, Burkina Faso, Ivory Coast, dan Senegal juga menggunakan warna ini pada passport mereka sebagai tanda ahli dalam Economic Community of West African States (ECOWAS).
  1. Hitam
hanya ada 4 warna passport dalam dunia dan ini maksud warna tersebut

Passport berwarna hitam menunjukkan negara-negara yang ‘rare’ dan terletak di beberapa kawasan dalam negara Afrika seperti Angola, Chad, Congo, Botswana, Zambia, Burundi, Gabon dan Malawi. New Zealand juga menggunakan warna hitam pada passport mereka kerana hitam adalah warna kebangsaan.
Berikut adalah pecahan warna negara mengikut warna passport:
hanya ada 4 warna passport dalam dunia dan ini maksud warna tersebut
Sumber: Elite Reader

Post a comment

0 Comments