Facebook, Instagram dan WhatsApp tergendala hampir seluruh dunia

Laman media sosial Facebook, Instagram dan WhatsApp tergendala hampir seluruh dunia hari ini berikutan masalah teknikal.
Menurut laman web yang memantau masalah berkaitan internet, Downdetector.com, kebanyakan gangguan itu berlaku di negara Eropah.

Dalam perkembangan lain, laman web terbabit turut mengesan masalah berkaitan aplikasi WhatsApp dan Instagram namun jumlah laporan diterima lebih rendah berbanding Facebook.
Ketiga-tiga laman web berkenaan yang dimiliki Facebook, menyebabkan pengguna beralih kepada Twitter untuk berkongsi maklumat.
Pada Mac lalu, Facebook mengalami gangguan lebih lama apabila sebahagian besar pengguna berdepan masalah untuk melayari laman itu, Instagram dan WhatsApp selama lebih 24 jam. - Agensi

Post a Comment

0 Comments