Bayi maut, terlepas dari dukungan ibunya

Bayi maut, terlepas dari dukungan ibunyaBayi maut, terlepas dari dukungan ibunyaBayi maut, terlepas dari dukungan ibunya
Imej yang menunjukkan sebelum dan selepas bayi malang terlepas dari dukungan ibunya yang dirakamkan menerusi kamera litar tertutup pusat beli-belah Zhenxing di Guandong, China pada Sabtu lalu.




CHINA: Seorang ibu kehilangan anaknya yang berusia antara tiga hingga empat bulan yang meninggal dunia akibat terlepas dari dukungannya.

Ketika kejadian, wanita itu bersama bayi serta anak sulungnya sedang menuruni tangga eskalator tingkat tiga di pusat beli-belah Zhenxing di Guandong, China pada Sabtu lalu.

Semasa berdiri menuruni tangga eskalator itu, bayi malang itu terlepas daripada dukungan ibunya yang gagal mengawal keseimbangan tubuhnya.

Insiden itu dirakamkan oleh kamera litar tertutup pusat beli-belah berkenaan.

Kematian bayi yang tidak diketahui jantina itu disahkan oleh ahli paramedik yang dipanggil untuk memberi bantuan pernafasan.

Berdasarkan laporan media tempatan China, keluarga berkenaan baru selesai makan tengah hari di sebuah restoran sebelum insiden itu berlaku.

Serentak itu, pengurusan pusat beli-belah Zhenxing telah menghentikan operasi eskalator sementara polis menyiasat kes tersebut.

Post a comment

0 Comments