Bapa Terpijak iPhone, Anak Tetak Bapa Guna Kapak Sampai Mati

Gara-gara iPhone terpijak oleh bapa, seorang lelaki didakwa tetak bapa sendiri menggunakan kapak di bahagian kepala, tengkuk dan dada sehingga mati.
Menurut portal Mirror, kejadian yang berlaku di Cambodia ini mendakwa seorang lelaki yang dikenali sebagai Leng Huon, 23 tahun dikatakan menyerang bapanya Leng Sao, 50 tahun selepas berparti arak di rumah bersama rakan-rakannya.
Bunyi muzik yang dipasang oleh anaknya yang berparti di luar rumah terlalu kuat, bapanya tidak dapat tidur dan semasa dia hendak keluar rumah, mangsa terpijak iPhone milik anaknya yang terjatuh di atas lantai.
Bengang dengan bapanya yang terpijak iPhone miliknya, Huon telah menjerit memarahi bapanya dan menyebabkan Sao marah dan menendang belakang anaknya.
Huon tidak berfikir panjang terus mengambil kapak dan menetak kepala, tengkuk serta dada mangsa sehingga mati.
Selepas menyedari bapa dia dah mati, Huon sempat melarikan diri dengan kapak tersebut sebelum ditangkap oleh pihak polis.
Pihak berkuasa mengesahkan Huon akan didakwa atas kematian bapanya dan jika disabit kesalahan, dia boleh dipenjara maksimum 15 tahun.

Post a Comment

0 Comments