Avengers pecah rekod hari pertama tayangan, Iron Man dapat gaji RM1.2 bilion!



Filem adiwira, Avengers: Endgame akhirnya ditayangkan di pawagam seluruh dunia. Rata-rata peminat fanatik Avengers menaruh harapan tinggi terhadap pengakhiran bagi siri Marvel Universe berkenaan.
Rakyat Malaysia juga tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan arahan Anthony Russo itu bahkan menjadi salah satu negara terawal ditayangkan di pawagam iaitu pada 24 April lalu.

Avengers: Endgame ‘pecah panggung’ seluruh dunia

Avengers: Endgame, terakhir dalam 22 siri filem itu yang memaparkan adiwira Marvel Universe, memecahkan rekod sebaik mula tayangan di Asia, terutama di China, menurut Disney yang memiliki Marvel Studios.

Kutipan filem ini mencecah AS$169 juta (RM780 juta) pada hari pertama tayangan di 25 negara termasuk China, Australia dan beberapa negara di Eropah.

Endgame atasi siri Infinity War

Kutipan ini sekaligus memecahkan rekod kutipan terbanyak dalam masa sehari di China, Australia, New Zealand dan beberapa negara lain.
Bahkan, filem berdurasi tiga jam itu juga bakal mengatasi kutipan episod Avangers musim lalu iaitu Avangers Infinity War yang memegang rekod keuntungan paling lumayan pada tahun 2018 iaitu RM8.4 bilion.

Gaji IronMan ‘masyuk’

Pakar meramalkan siri akhir Avengers yang menampilkan barisan pelakon handalan seperti Robert Downey Jr, Scarlet Johansson dan lain-lain, akan memperoleh AS$200 hingga AS$260 (RM924 juta hingga RM1.2 bilion) pada pembukaan hujung minggu di Amerika Utara.
Sumber: BeritaHarian

Post a comment

0 Comments