Avengers Berjaya Kutip RM10 Juta Bagi Jualan Tiket Awal di Malaysia



Esok merupakan hari yang dinanti-nantikan oleh kami dan semua peminat filem Marvels' Studio di mana filem Avengers: Endgame akan mula ditayangkan di seluruh pawagam.

Endgame merupakan filem keempat Avengers, di mana ia adalah kesinambungan kepada Avengers: Infinity War dan mengumpulkan kesemua watak superhero MCU dalam satu filem.

Untuk pengetahuan korang, penjualan tiket Marvels’ Studio Avengers: Endgame di Malaysia telah berjaya mengumpul sebanyak RM10 juta sejak ia mula dijual kepada umum pada 2 April lalu.

Bersempena menyambut kejayaan ini juga, pihak Disney telah melakukan pertunjukan khas buat peminat Malaysia apabila mereka menerbangkan 300 unit Intel Shooting Star Drone dan membentuk logo-logo ikonik Avengers termasuk Iron Man, Captain Amerika, Thor dan Hulk.

Petunjukan yang diadakan di Menara Kuala Lumpur itu disaksikan orang ramai dan bagi mereka yang tidak berkesempatan, jangan risau kerana pertunjukan yang sama akan dilakukan sekali lagi pada 26 April di lokasi yang sama.

Post a comment

0 Comments