Xiaomi Mi 9 Transparent Edition – Edisi Khas Peranti Mi 9 Dengan Rekaan Belakang Lutsinar


Xiaomi telah memperkenalkan peranti Xiaomi Mi 9 mereka sebelum acara Mobile World Congress bermula, tetapi tidak berkata sepatah apa pun mengenai versi kedua peranti Mi 9 tersebut, yang sering disebut sebagai Xiaomi Mi 9 Transparent Edition ataupun Explorer Edition.
Terdapat sedikit perbezaan dari segi spesifikasi apabila kedua-dua peranti ini dibandingkan. Satu ialah penggunaan memori sebanyak 12GB, berbanding 6GB dan juga rekaan belakang lutsinar yang berbeza dengan rangka belakang berwarna-warni yang hadir pada model peranti Mi 9 asas.
Pihak Xiaomi juga tidak menyatakan jika Mi 9 Explorer Edition/Transparent Edition ini akan tiba di pasaran-pasaran lain selain daripada China, tetapi jika peranti Mi 8 Explorer Edition sebelum ini dijadikan ikutan, ada kebarangkalian besar bahawa model ini akan turut memasuki pasaran Malaysia dengan nama Xiaomi Mi 8 Pro.
Adakah Xiaomi Mi 9 Transparent Edition akan mengikuti langkah yang sama? Sama-sama kita tunggu.

Post a Comment

0 Comments