‘Saya Tunggu Awak, Awak Tak Balik’ – Wanita Luah Rasa Sedih Kehilangan Suami Saat Hamil 4 Bulan

Tidak dinafikan, ajal maut jodoh dan pertemuan semua di tangan Allah. Siapalah kita untuk menghalangnya. Namun sebagai manusia biasa, kita tidak lari dari rasa sedih memikirkan apa terjadi.
Seperti perkongsian kali ini buat kami semua sebak. Bayangkan suaminya meninggal dunia ketika sedang hamil 4 bulan. Lebih memilukan apabila wanita ini pernah alami keguguran sebelum ini dan kini terpaksa menghadapi rasa sedih kehilangan sekali lagi..

Syurga meninggalkan kami sekeluarga

Menurut wanita ini, suaminya meninggal dunia kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya. Pada ketika itu, mereka sekeluarga merancang untuk ke majlis reunion syarikat lama suaminya itu. Namun, malang tidak berbau apabila suaminya meninggal dunia di tempat kejadian.

Suami jaga anak di syurga

Apa yang menyedihkan apabila wanita ini pernah alami keguguran sebelum ini dan kini terpaksa menerima kehilangan suaminya pula. Walaupun mengaku tidak cukup kuat, dia harus meneruskan hidup demi anak dalam kandungannya yang baru mencecah 4 bulan. Ya Allah, sebaknya!

Dugaan demi dugaan..

Cukuplah anak ini mirip awak..

Lebih menyedihkan apabila anaknya yang baru berusia 2 tahun itu turut sama rindukan arwah ayahnya.

Anak rindu

Sejarah berulang

Wanita itu turut berkongsi kisah suaminya yang pernah kehilangan kedua ibu bapanya ketika di usia 1 tahun. Memang sedih sungguh. Semoga isteri ini terus tabah menghadapi ujian ini.

Nanti pasti kita jumpa..

Sumber : Dr. Putri

Post a comment

0 Comments