“Saya masih tunggu dia ‘call’ ” -Isteri harap suami selamat tembakan di Masjid Christchursh, New Zealand



Susulan daripada kejadian tembak rambang yang berlaku di Masjid Christchursh New Zealand mendapati, terdapat warga Malaysia di dalam masjid tersebut.
Rahimi Ahmad 39, pergi menunaikan solat jumaat di masjid tersebut bersama anak lelakinya yang berusia 11 tahun, ketika kejadia anaknya bermain di luar masjid sementara menunggu ayahnya.

Masih tidak tahu nasib Rahimi

Semasa tembakan berlaku, anak Rahimi yang sedang bermain sempat diselamatkan oleh jemaah yang pantas menariknya berlindung di rumah yang berdekatan .
Namun, sehingga kini nasib Rahimi masih tidak dapat dikenal pasti kerana tiada lagi maklumat yang diterima mengenai mangsa daripada Malaysia.

“Saya cuma nak tahu dia selamat” -Isteri

Isteri Rahimi, Azila kini berdebar menunggu berita mengenai mengenai keadaan suaminya dan sangat berharap bahawa suaminya selamat daripada serangan tersebut.
“Saya cuma nak tahu dia selamat, saya berdoa dan saya berharap dia akan telefon saya .”

Rahimi masih ada lagi dalam masjid masa tembakan

“Rahimi ada pegang telefon, jadi saya yakin dia akan cuba hubungi saya tapi sekarang saya masih tidak tahu lagi keadaan dia bagaimana.”
Menurutnya, dia mendapat panggilan daripada seorang kenalan yang mengatakan bahawa Rahimi masih lagi berada di dalam masjid ketika tembakan berlaku.
Sumber: nzherald.co.nz

Post a comment

0 Comments