Bagaikan satu kebiasaan, kita akan meramal sesuatu perlawanan dan biasanya ia adalah untuk suka-suka. Tapi siapa sangka, ramalan daripada anak muda Malaysia ini menjadi sebutan dunia.
Sebelum perlawanan PSG menentang Manchester United pada Khamis lalu, seorang peminat Manchester United dari Malaysia, Timmy Chin, telah membuat satu ramalan yang sangat tepat mengenai perlawanan tersebut.
Honestly got a good feeling about this. Probably either we get totally hammered or we really put on a show. Lukaku with 2. Psg comes back with 1 and rashford fires home 92mins into injury time!— Timmy Chin (@TimmyChin) March 6, 2019
Pada perlawanan tersebut, Manchester United berjaya membuat come back untuk layak ke suku akhir Liga Juara-Juara menerusi dua jaringan Lukaku dan tendangan penalti yang disempurnakan Marcus Rashford di hujung permainan, sama seperti ramalan Timmy!


Agak-agaknya tepat tak ramalan Timmy untuk Man. United menentang Arsenal minggu ni?

Sumber: Fox Sport Malaysia