Penyerang masjid di Christchurch didakwa membunuh

Photo: AFP

WELLINGTON - NEW ZEALAND. Brenton Tarrant yang berusia 28 tahun muncul di mahkamah hari ini untuk dihadapkan dengan pertuduhan melakukan pembunuhan, selepas serangan keganasan di dua masjid Christchurch yang menyebabkan 49 orang mati.
Bergari dan memakai baju penjara berwarna putih, bekas pengajar kecergasan kelahiran Australia itu duduk diam tanpa sebarang reaksi ketika hakim membacakan pertuduhan terhadapnya.
Tarrant tidak memohon ikat jamin dan dibawa ke penjara sehingga dihadapkan mahkamah berikutnya yang dijadualkan pada 5 April. – AFP

Post a comment

0 Comments