‘Nak Jadi Artis Tersohor Kononnya’ – Shuib Karang Luahan ‘Deep’ Untuk Jep

Persahabatan antara Shuib dan Jep telah terjalin selama berbelas tahun sejak mereka bekerja sebagai pekerja bagasi di sebuah lapang terbang. Menerusi Instagram Shuib, dia meluahkan rasa bersyukur kerana dikurniakan teman baik seperti Jep kerana walau mereka pernah menempuhi zaman susah dan pernah bergaduh, namun tali persahabatan mereka tetap utuh.


Nama Shuib dia yang bagi lekat sampai sekarang

Shuib menyatakan bahawa selama belasan tahun mengenali Jep, pelbagai cabaran dan dugaan telah dilalui bersama. Angan-angan ingin menjadi artis tersohor sebelum ini menjadi kenyataan apabila mereka berdua kini menjadi pelawak popular tanah air.

Pernah bekerja sebagai staf pengangkat bagasi

Pernah bekerja bersama sebagai seorang pengangkat bagasi di lapangan terbang, sikap tidak pernah putus asa mereka wajar dicontohi kerana walaupun lebih lima kali gagal dalam uji bakat, akhirnya mereka berjaya sampai ke tahap tertinggi.

Sahabat dunia akhirat

Kini, mereka berdua telah berjaya mengukir nama di dalam industri seni serta telah berkahwin dan dikurniakan cahaya mata namun tali persahabatan antara mereka tidak perah putus malas semakin kuat dan matang. Shuib meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan sahabat seperti Jep dan menganggap Jep sebagai sahabat dunia dan akhiratnya.

Komen balas Jep

Sumber: Shuib

Post a comment

0 Comments