Murtabak antara makanan yang disukai ramai selain roti canai tidak kira kanak-kanak mahupun dewasa. Rasanya yang sedap serta mudah untuk disediakan pastinya menjadi makanan kegemaraan seisi keluarga. Kali ini, kami nak kongsikan resipi murtabak menggunakan biskut cream crackers. Jom cuba!

Bahan-bahan yang diperlukan

  • 1 bungkus setengah biskut cream cracker yang tak bergula, saya guna jenama julie’s, jenama pingpong pun sedap.
  • 800 gm daging kisar ramli (2 bungkus)
  • 2 labu (saiz besar) bawang besar dipotong dadu.
  • 2 biji cili merah dihiris halus.
  • 2 biji cili hijau dihiris halus.
  • Satu ikat daun sup,daun bawang di hiris halus.
  • 7 biji telur grade A.
  • 1 kotak besar susu segar, saya guna jenama gooday.
  • Dua sudu kecil garam.
  • Dua sudu kecil serbuk lada hitam.
  • Loyang 4 segi di alaskan dgn aluminium foil dan disapu butter seluruh permukaan, saiz loyang ni tak sure la berapa inci.
Bahan-bahan untuk dikisar dan ditumis:
  • 3 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 biji bawang besar
  • 1 sudu makan cili giling (saya tak letak sebab tak mau pedas, budak budak yang nak makan)
  • 3 sudu makan rempah kari daging

Cara-cara menyediakan


1. Panaskan minyak, tumiskan bahan2 kisar, ditumis hingga naik bau.
2. Masukkan rempah daging, tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan air sedikit demi sedikit supaya rempah tak hangus dan naik minyaknya.
4. Masukkan daging kisar, masak hingga empuk. Masak daging kisar ni sekejap je, cepat empuk, lagipun kita nak bakat kemudian nanti. Masukkan air jika rasa perlu. Masakkan hingga kering sedikit airnya.
5. Masukkan bawang yg dipotong dadu ,cili hiris, serbuk lada hitam garam serta bahan perasa. Gaul rata.
6. Perlahankan api lalu masukkan daun sup dan daun bawang gaul rata baru matikan api biarkan hingga sejuk sedikit.
7. Pecahkan 7 biji telur, pukul sedikit dan tuangkan dalam adunan daging tadi gaul ratakan.
8. Bahagikan adunan pada 3 bahagian (saya devide agak-agak je main senduk je).
9. Masak susu dalam bekas jangan sampai mendidih, Suam suam aja dan perlahankan api yang paling kecil, jaga jaga jangan sampai meruap, kacau sentiasa (susu boleh ditambah dengan santan atau diganti dengan santan)

Cara menyusun biskut:
1. Ambil 9 keping biskut (ikut besar loyang) masukkan dalam susu suam sekejap je jangan lama2 nanti kembang pulak, susun dalam Loyang hingga penuh. Bahagian sudut dan tepi mesti penuh, patahkan biskut utk isi bahagian lompong.
2. Permukaan Loyang yang telah penuh disusun biskut, tuangkan adunan daging yang pertama ratakan ke seluruhan permukaan biskut.
3. Kembangkan 9 keping lagi biskut ke dalam susu dan susun dalam Loyang hingga menutupi bahagian adunan daging tadi sudah selesai tekankan sedikit agar rata.
4. Buat perkara yang sama seperti lapisan pertama dan kedua setelah selesai, tekan2 ke seluruh bahagian agar campuran telur naik di permukaan biskut.
5. Bakar dalam oven 180’C selama 45 minit pastikan betul2 masak baru keluarkan dengan mecucuk bahagian tengah nya jika lidi tak ada kesan bererti dah masak lah tu.
6. Keluarkan dari oven dan terbalikkan kat dawai redai. keluarkan dari Loyang biarkan sejuk boleh lah di potong dan dihidangkan.

Tips

1. Tunggu sejuk baru di terbalikkan dan dipotong bagi mengelakkan murtabak ini pecah.
2. Boleh tambah cheese di setiap lapisan murtabak… Sedap.
3. Tumis guna butter sikit… campur dgn sedikit minyak. Daging cincang akan keluarkan minyak lagi dari lemak yang cair.

Post a Comment

Previous Post Next Post