Kerajaan Brunei Akan Laksanakan Hukuman Rejam Sampai Mati dan Potong Tangan


Brunei hari ini telah memutuskan hukuman rejam sampai mati kepada pelaku zina dan seks sejenis yang akan bermula rabu depan.

Sebelum ini, pelaksanaan undang-undang Syariah rejam ditangguhkan selama lebih empat tahun selepas mendapat kritikan hebat.

Negara kesultanan kecil itu akan melaksanakan kanun keseksaan tegas baharu terbabit, yang turut memperuntukkan hukuman potong tangan dan kaki untuk kesalahan mencuri.

Hubungan sejenis diharamkan di Brunei, namun ia akan menjadi kesalahan yang membawa hukuman maut dan undang-undang itu hanya dilaksanakan terhadap orang Islam sahaja.

Walaubagaimanapun, semalam badan hak asasi Amnesty International menggesa negara itu "segera menghentikan" pelaksanaan hukuman baru itu dengan menyifatkannya sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Post a Comment

0 Comments