‘Kata Aku Curi Kereta Dia’ – Siap Ketuk Kereta Berlagak Samseng, Wanita Kongsi Pengalaman ‘Diserang’ Lelaki


Terdesak mahu mendapatkan wang dengan cara pantas, ada sesetengah orang sanggup menggunakan pelbagai cara untuk memperdayakan orang lain. Seperti perkongsian Pearl Wan Madiah di Facebook, dia hampir menjadi mangsa satu pasangan yang mengaku kereta dipandu milik mereka. Malah, mereka dengan licik membuat tuduhan mangsa mencuri kereta tersebut.

Diminta keluar kereta

Mendapat lebih 5k shares, wanita ini kongsi pengalaman didatangi lelaki tidak dikenali sewaktu ke tempat kerja. Lelaki tersebut menarik-narik pemegang pintu dan memintanya keluar. Malah dia mendakwa kereta tersebut miliknya dan dicuri mangsa.

Kereta dia hilang dan dakwa aku curi

Ketika disoal AJK perumahan, lelaki tersebut mendakwa keretanya sudah lima bulan hilang. Bila diminta ke balai polis untuk membuat laporan, dia enggan dan terus meminta maaf.

Pesanan buat wanita di luar sana

Sebelum kejadian, lelaki ini didakwa sudah beberapa kali datang dan mengambil gambar kereta. Tambah melicikkan dia mengaku sebagai ejen penarik kereta.
Sumber : Pearl Wan Madiah

Post a comment

0 Comments