Foto Mangsa Maut & Masih Hilang Dalam Serangan Masjid Di Christchurch

Ekoran insiden serangan tembakan yang berlaku di dua masjid Christchurch kelmarin, portal berita New Zealand akhirnya mendedahkan beberapa keping foto dan nama mangsa yang terkorban. Portal itu juga menyiarkan beberapa foto mangsa yang masih hilang dalam insiden itu.
Mereka yang terkorban terdiri daripada bapa, ibu, atuk, nenek serta anak termasuklah kanak-kanak berusia empat tahun dan 14 tahun. Semua mangsa beragama Islam dan merupakan pelarian dari negara asal mereka.

Sayyad Milne, 14 tahun

serangan tembakan
Mangsa meninggal dunia di Masjid Al-Noor yang merupakan lokasi kejadian tembakan. Seorang lagi kanak-kanak berusia 4 tahun iaitu Abdullahi Dirie meninggal dunia manakala bapanya, Adan Ibrahim Dirie cedera dan tiga lagi anaknya selamat.

Naeem Rashid dan anaknya, Talha

serangan tembakan

Husne Ara Parvin, 42 tahun

serangan tembakan

Haroon Mahmood, 40 tahun

serangan senjata

Haji Daoud Nabi, 71 tahun

Amjad Hamid, 57 tahun

Lilik Abdul Hamid

Farhaj Ahsan, 30 tahun

Turut meninggal dunia, Mojammel Hoq, 30 tahun, Mohammad Imran Kahn, 47 tahun dan Linda Armstrong, 65 tahun. Foto mangsa tidak disiarkan lagi setakat ini.

Mangsa yang masih hilang

Manakala mangsa yang dilaporkan masih hilang ialah, Mucad Ibrahim, 3 tahun, Hamza Khaled, 16 tahun, Ansi Karippakulam Alibava, 25 tahun, Vora Ramiz, 28 tahun, Farhaj Ahsan, 30 tahun, Mojammel Hoq, 30 tahun, Syed Jahandad Ali, 34 tahun, Hussain Al-Umari, 36 tahun, Osama Adnan, 37 tahun, Kamel Darwish, 39 tahun, Adelfattah Qasem, 59 tahun dan Ali Elmadani, 66 tahun.
Laporan terbaharu hari ini daripada Berita Harian telah mengesahkan angka mangsa yang meninggal dunia telah meningkat daripada 49 orang kepada 50 orang manakala mangsa yang kritikal meningkat menjadi 11 orang daripada 12 orang.
Sumber: Berita Harian 

Post a comment

0 Comments