‘Egg Boy’ Derma Sebahagian Besar Dana Untuknya Kepada Mangsa Tragedi Christchurch

Baru-baru ini viral satu video dimana seorang remaja lelaki yang dikenali sebagai Will Connollymemecahkan telur dikepala Senator Australia, Fraser Anning selepas senator itu menuduh kehadiran orang islam itu sebagai punca tragedi hitam di Christchurch.
Terbaru Nzherald melaporkan Will Conolly akan mendermakan dana yang dikumpul untuknya kepada mangsa tragedi tersebut.

Dana telah berjumlah RM117 ribu

Dia yang berumur 17 tahun dan mendapat panggilan ‘Egg Boy’ telah mendapat dana daripada orang ramai melalui GoFundMe untuk menampung perbelanjaan perbicaraan kesnya itu. Dana yang diperoleh setakat ini berjumlah $42000 (RM117730). Dia juga komited untuk menyerahkan sejumlah besar duit itu kepada mangsa tragedi Christchurch.

Jangan pecahkan telur atas dahi ahli politik

Jangan pecahkan telur atas dahi ahli politik atau anda bakal diserang oleh 30 orang secara serentak.
Ini adalah saat dimana saya bangga menjadi seorang manusia. Biar saya memberitahu kepada semua bahaya orang islam bukan pengganas dan pengganas tidak mempunyai agama. Kepada sesiapa yang beranggapan islam adalah pengganas, kamu semua mempunyai kepala kosong seperti Anning.
Connolly diangkat sebagai hero kerana tindakannya itu sangat wajar. Dia banyak menerima ucapan bangga dan terima kasih atas tindakan beraninya itu sekali gus mewakili suara-suara dunia terutamanya penganut agama Islam.
Sumber: Nzherald

Post a comment

0 Comments