PM NZ minta seluruh negara bertafakur 2 minit sebagai tanda penghormatan terakhir Jumaat ini



Esok bakal menjadi satu sejarah pilu buat masyarakat dunia, dijangka ribuan jemaah akan membanjiri Christchurch untuk menunaikan solat Jumaat yang mungkin diadakan di Hagley Park, di seberang jalan dari masjid.
Menurut, Gamal Fouda, imam masjid Al Noor, kira-kira 3,000 hingga 4,000 orang termasuk dari negara luar bakal bersama-sama menunaikan solat Jumaat dan solat jenazah buat semua mangsa yang terkorban.

Tafakur 2 minit seluruh negara

Sebagai tanda penghormatan terakhir, Jacinda Ardern memaklumkan kepada pihak media agar seluruh negara mengambil masa selama dua minit untuk bertafakur
Bagi memperingati tragedi berdarah yang telah mengorbankan hampir 50 jemaah masjid, esok solat Jumaat akan disiarkan secara langsung menerusi TVNZ dan Radio New Zealand.

Masjis sedang dalam usaha baik pulih

Difahamkan, para pekerja masjid sedang dalam usaha membaik pulih masjid yang mengalami kerosakan akibat daripada serangan yang berlaku 15 Mac lalu.
Hari ini, telah selesaikan majli pengebumian kedua enam lagi korban termasuk pengebumian Mohammed Daoud Nabi, lelaki berusia 71 tahun yang membuka pintu masjid Al Noor kepada lelaki bersenjata itu.
Sumber : Siakap keli, Oh My Media

Post a comment

0 Comments