DIY Wainscoting,Deko Rumah Ala Mewah Dengan Bajet Tak Sampai RM200


Ramai yang sukakan dekorasi ala Barat. Wainscoting, atau bahasa Melayu nya hiasan dinding menggunakan lapisan kayu yang disusun pada dinding merupakan antara hiasan yang digemari ramai golongan atasan di Malaysia. Penggunaan kayu untuk hiasan dinding memberi impak mewah. Lazimnya, pemilik rumah akan mengupah kontraktor bagi mendapatkan dekorasi. Namun ramai yang tidak tahu proses pemasangan wainscoting ini boleh dilakukan sendiri dengan kos yang rendah. Puan Hazilla Hasan berkongsi pengalaman beliau dan suami menghias dinding rumah mereka dengan wainscoting dengan bajet tak sampai RM200!
DIY Wainscoting Budget Bawah RM200
Menurut Puan Hazilla, beliau hanya membeli kayu tersebut secara atas talian. Pilihan lebih banyak dan harganya berpatutan.
Kayu Wainscoting.
Selepas kayu siap dipotong, kayu tersebut ditampal ke dinding.
Tampal
Akhir sekali adalah proses mengecat wainscoting dan dinding.
Cat

Sumber: Hazilla Hasan

Post a comment

0 Comments