Diorama Kubur Ini Memang Sesuai Dihadiahkan Kepada Rakan Yang Dah Lama Tak ‘Jumpa’ Sejadah

Tahukah anda bahawa, melakukan sesuatu hobi dapat mewujudkan perasaan positif kerana kita akan mengalami perasaan gembira dan puas semasa melakukan aktiviti yang digemari. Sebab itulah setiap orang mempunyai hobi tersendiri.
Bagi lelaki ini hobinya agak ‘rare’ kerana mampu menghasilkan sebuah diorama kubur yang nampak seperti realiti.

Jadikan hobi sebagai sumber rezeki

Melalui perkongsian oleh Khairunnaim5 di Twitter, dia telah berkongsi mengenai hobi Abang Jeff yang mampu menghasilkan sebuah diorama kubur menggunakan hasil tangannya sendiri.Diorama kubur yang dihasilkan lengkap bersama jenazah yang ditanam, batu nisan dan pokok-pokok sama seperti kubur yang realiti.
Menurut Abang Jeff, pada mulanya ianya hanya satu hobi sahaja dan bukanlah untuk dijual. Tapi, selepas ramai yang mengetahui hasil kreatifnya, ramai yang membuat tempahan. Bagi pendapat penulis, hasil diorama kubur ini dapat menginsafkan diri mahupun masyarakat kerana mengingatkan kematian yang pasti akan berlaku satu hari nanti.

Nampak macam kubur real

Boleh jadikan hiasan di rumah

Hasil diorama kubur yang telah siap juga akan diletakkan di dalam sebuah bekas kaca yang boleh dijadikan sebagai hiasan di rumah. Selain itu, ia juga boleh dijadikan sebagai cenderamata kepada rakan-rakan mahupun ahli keluarga. Kalau beri hadiah ini pada mereka memang ‘deep‘ sangat maksudnya kan?
Untuk pengetahuan anda, harga diorama kubur ini bermula daripada RM140 hingga RM200 bergantung kepada saiz, kawasan dan detailing kubur tersebut. Memang unik kan?

Post a Comment

0 Comments