Bugatti Hasilkan Kereta Termahal Di Dunia Pada Harga RM77 Juta


Sebuah jenama kereta mewah terkenal Bugatti kini telah memiliki sebuah lagi kereta termahal di dunia apabila berjaya menlancarkan model keluaran terbaru mereka yang dikenali sebagai Bugatti La Voiture Noire yang bernilai RM77 juta.

Model yang dilancarkan bersempena dengan ulang tahun mereka yang ke-110 itu tidak termasuk cukai dan ini menjadikan model berkenaan sebagai kereta termahal di dunia.


Sebelum ini, Bugatti melalui Bugatti Veyron juga telah memegang rekod sebagai kereta terpantas di dunia.

Kereta mewah termahal di dunia ini buat pertama kali telah didedahkan dalam Pameran 2019 Geneva International Motor Show pada 5 Mac 2019 yang telah membuka tirai pameran tersebut kepada umum bermula 7 Mac sehingga 17 Mac 2019.

Buggati La Voiture Noire berkongsi enjin yang sama seperti yang terdapat dalam Bugatti Chiron yang pantas iaitu 1,479 kuasa kuda dengan 1,180 tork. Sungguh pantas!


Sumber: The Verge

Post a comment

0 Comments