Anti-Islam tercabar! Jacinda Ardern diancam bunuh kerana tuntut keadilan untuk Muslim



Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Arden telah digambarkan sebagai seorang pemimpin yang berjiwa rakyat dan sikap prihatinnya terhadap tragedi yang menimpa masyarakat Islam telah menyentuh hati ramai.
Kemulian hati dan rasa hormatnya mendapat pujian masyarakat dunia, tindakan beraninya menegakan keadilan terhadap penindasan kepada Muslim memberi makna cukup besar buat seluruh umat Islam.

Jacinda diancam bunuh!

Pun begitu, masih ada lagi hati-hati hitam yang tidak senang duduk melihat kedamaian yang dicetuskan oleh Ardern, terbaru pemimpin tersebut telah mendapat satu ugutan bunuh menerusi laman Twitternya.
Difahamkan, pihak  berkuasa akan menyiasat motif sebenar ugutan bunuh tersebut, mesej ugutan hanya sempat bersiaran selama 48 jam sebelum akaun penghantar itu disekat.

Anti-Islam tercabar dengan sokongan NZ 

kepada Muslim

Jelas sekali golongan pelampau ini berasa tercabar dengan ketulusan hati rakyat New Zealand yang memberi sokongan moral yang cukup luar biasa kepada Muslim.

Polis tidak akan tinggal diam

Tidak mahu lagi wujud tragedi kebencian, akaun  yang dikendalikan oleh golongan anti-Islam yang mengandungi meseg berunsur provokasi dan kebencian dengan mengagungkan ‘white-supremacist’ telah disekat pihak berkuasa.
Menurut pejabat perdana menteri New Zealand, pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan secara proaktif untuk menghapuskan kandungan yang melanggar dan menyalahi undang-undang.
Sumber: NZ Herald, Oh My Media

Post a comment

0 Comments