Aaron & Shuib terkena! dana untuk ‘Zulaikha’ ternyata scam, kanak2 itu dah lama meninggal

Siapa yang tidak tersentuh jika melihat wajah seorang anak kecil dalam keadaan yang begitu menyayat hati menderita penyakit kronik, pasti ramai yang mahu menghulurkan bantuan.
Terbaru telah tular di media sosial gambar seorang kanak-kanak penghidap kanser darah tahap 3 dan sedang mengumpul dana untuk membeli mesin bantuan oksigen ternyata ternyata adalah scam semata-mata.

Minta maaf, saya pun terkena

Pelakon Aaron Aziz adalah antara yang terperdaya dengan aktiviti scam ini selepas meraka dengan niat mahu membantu bertindak berkongsi gambar kanak-kanak terserbut di IG masing-masing.
Namun selepas diselidiki, ternyata ia adalah satu penipuan dan selebriti tersebut telah memohon maaf jika ada yang telah memberi derma yang didapati daripada perkongsian mereka.


Shuib juga terkena

Malah bukan sahaja Aaron, pelawak Shuib Sepahtu juga sudah menjadi mangsa kes yang sama dan tidak menyangka wang yang disalurkan itu adalah kepada tangan yang salah


Tolong buat laporan Polis

Pelakon Aaron Aziz di dalam video yang dimuat naik di IG meminta orang ramai yang telah memberi dana kedalam akaun tersebut, diminta membuat laporan polis agar si pelaku dapat segera didakwa.

Dasar penipu! Zulaikha tu tak wujud pon

Kisah yang disebarkan melalui akaun Facebook Persatuan Kebajikan Kanser Bersatu Malaysia ternyata satu pembohongan, malah hasil siasatan mendapati kanak-kanak bernama Zulaikha Mohd berusia 3 tahun berasal dari Pangkor tidak wujud.

Itu adalah Derek Cantor, dah meninggal pada 2017

Berdasarkan pencarian, salah satu muat naik di IG dengan namafightingcancerwarior, mendapati gambar yang didakwa sebagai Zulaikha tersebut sebenarnya bernama Derek James Cantor, telah meninggal pada 13 April 2017.
Derek yang lahir pada 17 November 2016 menghidapi tumor habydosarcoma pada bahagian bawah dagu dan pipi, dimaklumkan telah menjalani pelbagai rawatan namun sel kanser masih merebak sehingga meragut nyawanya.

Diharapkan, mangsa yang terkena segara membuat laporan kerana jika tidak banyak laporan yang diterim maka menyukarkan pihak polis untuk meneruskan siasatan.

Post a comment

0 Comments