5 Negara Paling Murah Untuk Melancong, Dah Boleh La Tempah Tiket Flight Sekarang




Kalau nak pergi bercuti, tak perlu nak jadi jutawan baru boleh ‘terbang’ ke negara orang. Masih banyak lagi tempat yang korang boleh kunjungi tanpa memerlukan perbelanjaan yang tinggi.
Berikut kami senaraikan lima buah negara untuk dijadikan lokasi percutian seterusnya tanpa banyak mengorbankan simpanan wang korang.

1. Sri Lanka

Nilai mata wang yang rendah membuatkan ramai pelancong yang berkunjung ke negara ini. bayangkanlah harga penginapan semalaman boleh didapati dengan hanya RM60 saja.
Kos pengangkutan di Sri Lanka juga merupakan antara yang termurah. Jika korang menaiki bas dengan masa perjalanan selama 3 jam, korang hanya perlu membayar sekitar 100 hingga 200 rupee iaitu bersamaan dengan RM2.28 hingga RM4.55.

2. Indonesia

Kalau pergi ke Indonesia, korang bolehlah merasa jadi ‘jutawan’ sekejap. Negara ini merupakan antara yang mempunyai nilai mata wang rendah. Harga hotel disini juga lebih murah berbanding Sri Lanka dan korang boleh mendapat kira-kira RM51 sahaja untuk penginapan semalam di hotel.

3. Nicaragua

Merupakan salah satu negara yang terbesar di Amerika Tengah. Tarikan negara ini terletak pada pekan yang berwarna-warni, ombak pantai terbaik untuk meluncur dan budaya tempat yang menarik untuk dilihat. Kos bagi penginapan hotel cuma 179.44 Nio atau RM22.80, manakala kos makanan pula serendah RM5. Memang berbaloi!

4. Romania

Mungkin ramai yang tak tahu Romania adalah antara negara yang murah untuk dikunjungi.
Disini, korang boleh tinggal di hostel dengan harga daripada serendah 31.71 RON, bersamaan RM31.26. Makanan halal yang lazat pula dijual dengan harga sekitar RM15, manakala kos pengangkutan sama ada menaiki bas atau tren serendah harga RM4.00 sehala.

5. Kemboja

Walaupun Kemboja merupakan negara yang kurang maju jika nak dibandingkan dengan Thailand dan Vietnam, kekayaan budaya dan makanan yang enak membuatkan negara ini antara paling banyak dikunjungi pelancong.
Makanan boleh didapati dengan harga RM4.10 hingga RM12.50 di restoran-restoran tempatan dan kos penginapan bermula dari RM16.60 hingga RM83.20.

Post a comment

0 Comments