Tak Berhati Perut! Dipukul Berdarah Satu Badan Dengan Wayar Periuk Nasi Gara-Gara…

Tindakan memukul anak untuk tujuan memberi didikan adalah harus. Namun, tidak boleh keterlaluan sehingga memberi kesan terhadap fizikal dan mental kanak-kanak. Viral di laman Facebook, Anor Liza memuatnaik foto kesan-kesan luka yang terdapat dibelakang badan kanak-kanak ini.
Dia menceritakan saat terjumpa kanak-kanak lelaki ini dan kelihatan kesan darah dibelakang baju. Ini kisah dan sebab disebalik luka berdarah dibelakang badan kanak-kanak itu.

Baju belakang berdarah

Foto ini telah dimuatnaik pengguna Facebook, Anor Liza. Dia menceritakan saat berselisihan dengan budak lelaki ini sewaktu pulang dari kedai. Agak terkejut apabila terlihat ada kesan darah pada baju dibelakang badan kanak-kanak ini.

Ayah pukul pakai wayar periuk nasi

Apabila ditanya mengenai kesan darah pada bajunya, kanak-kanak ini hanya respon dipukul oleh ayah menggunakan wayar periuk nasi. Dan hanya gara-gara dia keluar untuk bermain sahaja.

Banyak kesan parut lama tu

Sudah ditahan pihak polis

Pengguna Facebook ini juga meninggalkan updates tentang kanak-kanak tersebut memandangkan ramai netizen prihatin terhadap mangsa. Menurutnya, laporan kepada pihak polis mengenai kanak-kanak itu telah dibuat dan ibu mangsa telah ditahan untuk siasatan.
Manakala, mangsa telah dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan susulan terdapat kesan luka dan darah pada bahagian belakang badan mangsa.
Sumber: Anor Liza, Ohbulan!

Post a Comment

0 Comments