Niatnya untuk membantu anak yatim dan orang miskin. Tetapi ini yang terjadi pada Si Rashid


Siapa tidak kenal Si Rashid. Dengan jumlah pengikut di laman facebook mencecah 657 ribu. Si Rashid sentiasa menyediakan karikatur yang boleh mencuit hati orang ramai. 

Menerusi posting terbaru Si Rashid pada facebook menceritakan tentang dia di tipu oleh seorang Dato dalam proses jual beli sebuah bas. Menurutnya bas itu di beli adalah untuk tujuan amal membantu anak yatim, orang tua dan pelajar miskin. Menjadikan bas tersebut sebagai Barber Bergerak dimana untuk kerumah anak yatim dan orang tua untuk program gunting rambut percuma. Selain itu, bas tersebut akan dijadikan sebagai Foodbank Bergerak.


Kronologi Kes


- Aku plan 1 projek barber bus, projek untuk buat barber bergerak dan pergi kerumah anak yatim, orang tua dan beri perkhidmatan potong rambut percuma. 
- Bas tu juga akan jadi foodbank bergerak. 
- Dato ni jual bas, aku pegi tengok berkenan dan terus bagi deposit. 
- Dato janji lepas dapat duit bas hantar bengkel untuk servis dan repair sebelum hantar ke tangan aku. 
- 1 bulan tunggu bas tak dapat lagi, bila designer bas aku call bas tu tak bergerak kemana-mana pun. 
- Pukimak punya dato. 
- Bila kantoi dengan aku bas tu tak bergerak, baru kata bas tak jadi jual. Aku minta refund. 
- Alasan je yang aku dapat setiap kali minta refund, itu pun jawab sepatah. Bila aku mesej pakai no lain nak beli bas laju pula dia jawab. 
- Babi punya dato. 

- So aku dah buat report polis, dan peguam akan hantarkan surat saman. 
Aku boleh je abaikan duit deposit ni. Tapi ini adalah duit amanah untuk membantu anak yatim dan fakir. Setiap sen yang disumbang bahu aku yang menanggung. Jadi aku kena bagitau kemana duit penyumbang tu pergi. 
- Aku dah bagi last warning kat dato tadi, katanya buat la apa aku nak buat. Aku pun tak pasti aku deal dengan dato ke dengan haiwan. 
- Kepada dato, 3k tu boleh beli apa? Kalau taknak pulang maka dato la harus bertanggungjawab hasil derma orang.

Post a Comment

0 Comments