Nak Cakap Inggeris Tapi Tak Confident, Ini Tip Dari Dr Amalina Bakri Yang Korang Boleh Try



Menguasai bahasa kedua/ketiga merupakan satu kelebihan yang ada pada seseorang individu. Jika masyarakat Melayu, mereka mungkin menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua tetapi untuk masyarakat Cina, India atau lain-lain, selain bahasa ibunda, kelebihan menguasai bahasa Inggeris sebagai bahasa ketiga adalah satu bonus.
Tak kiralah bahasa kedua, ketiga atau keempat, kita semua tahu bahawa bahasa Inggeris merupakan bahasa antarabangsa yang digunakan satu dunia. Jadi, tak salah kiranya jika nak menguasai dengan baik bahasa ini.
Kami faham bukan semua orang dapat bertutur dengan fasih. Jadi untuk korang yang cuba belajar dan berbahasa Inggeris dengan baik, apa kata ikut saja tip yang pernah dikongsi oleh Dr. Amalina Bakri yang satu ketika dulu pernah menjadi pelajar cemerlang di negara kita.

1. Sering bertutur dalam bahasa Inggeris dengan yakin

Tak kiralah sama ada grammar korang bagus atau tidak atau ada cakap-cakap ‘alah, berlagak nak cakap English’, abaikan saja mereka. Dr. Amalina di sekolah dulu pun pernah melalui situasi macam ni. Lagi-lagi bila rakan sekolah yang berbangsa Cina dan India, kami akan bercakap dalam bahasa Inggeris, ramai yang tidak senang hati.

2. Gunakan media sosial sebagai platform untuk berkomunikasi

Kalau dulu ada MSN messenger, Yahoo Messenger dan MIRC. Dr. Amalina menggunakan platform ini untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan di luar negara. Seawal usia 12 tahun, dia sudah menyertai beberapa pembelajaran berkumpulan secara online. Cara ni memang terbaik dan boleh dipraktikkan hingga hari ini.

3. Tonton program TV, filem & dengar muzik bahasa Inggeris

4. Practice, practice, practice!

Bergaul dengan kawan-kawan yang boleh berbahasa Inggeris dengan lancar kerana cara ini dapat membantu korang untuk meningkatkan keyakinan. Tapi kalau ditegur kesalahan korang tu, jangan annoyed pula okay? Hiks!
Sebenarnya nak bertutur dalam bahasa Inggeris ni bukanlah susah sangat. Kami percaya semua orang pun boleh dan faham, tetapi masalahnya mungkin tiada keyakinan diri dan takut sekiranya tersalah cakap.
Don’t worry guysPractice makes perfect kan? So, mulai hari ini apa kata korang try untuk mula bertutur dalam bahasa Inggeris dengan kawan-kawan.
Good luck!

Post a Comment

0 Comments