Lelaki Ini Kongsi Tempat Wajib Singgah Jika Korang ‘First Time’ Nak Pergi Langkawi

Sebut saja Pulau Langkawi mesti ramai terbayangkan kecantikan semulajadi di pantai dan aktiviti pantai yang best! Kadang-kadang isteri ‘mengidam’ untuk makan angin di sana. Kalau tak tunaikan, nanti merajuk pula. Apa kata cuti sekolah akan datang ini anda bawa isteri dan anak-anak bercuti di sana.
Kali ini pengguna Facebook, Hamirul Hafizul kongsi pengalaman dan itinerary sepanjang bercuti di Langkawi bersama keluarga tersayang.

Travel backpacker je senang

“Abang. ayang teringin nak pergi Langkawi”.. dengan pantas aku menjawab takde apapun kat Langkawi tu. haha.. (sebab aku dah pernah pergi, dia belum)…
So,dia duk merayu-rayu jugak, so untuk memenuhi hati isteri, kita suruh depa booking flight. Macam biasa, bro Pijo kalau travel memang macam backpacker, kita takde tour.. semua main langgar je.
Okay, sedikit info sebelum pergi Langkawi, korang perlu decide korang nak stay area mana..
Pantai Cenang, Kuah, Tengah, Kok, Datai Bay & Padang Matsirat. (ulasan tengok pada gambar hotel)

Kedai makan famous di Langkawi

Ni antara kedai makan famous kat Langkawi, Telaga Seafood & Arabic Restaurant. 
Harga yahudi sikitlah, haha.. RM3++ 2 orang makan, fuhh.. tu baru amik frozen punya lobster, kalau amik live dua kali ganda pekerja dia bagitau.. Sini aku boleh bagi 3.5/5.. 
Esok tu baru kami tau yang area Pantai Cenang memang mahal kalau makan bakar-bakar & seafood, kalau pergi dekat area Kuah RM100 takkan habis punya..

Hari kedua kitaorang makan kat Kuah, nama kedai makan Desa Permata Ikan Bakar, gila murah!! RM50.. haha.. tapi takde lobsterla, tapi still murahlah compare dengan Pantai Cenang.
Hari ketiga still layan lobster, tapi cari kedai yang nampak biasa-biasa sikit, RM192.. so memang kedai Telaga ni yahudi sikitla.haha. Tapi untuk 3 malam makan tu, yang kat Kuah tu paling sedap even paling murah.

Tempat menarik di Langkawi

1. Pantai Cenang- tarikan utama, mat salleh penuh & kedai makan & bar banyak dikiri & kanan bahu jalan (tapi mahal).
2. Pekan Kuah- Jeti, kalau datang ikut laut sinilah, sini banyak tempat shopping coklat & barang mak-mak, takde pantai, makanan murah sangat.
3. Pantai Tengah- ni adalah pantai smbgn Cenang, tapi sini tak berapa ramai orang, & hotel-hotel sini mewah.
4. Pantai Kok- sini tempat area kapal layar singgah, sini boleh katakan yang duit kepok2-kepok boleh stay sini.

5. Datai Bay- sini tempat pantai private, so faham-fahamlah harga private macam mana. Sini yang baru kahwin syokla, kalau jenis nak duduk dalam bilik 24jam (maklumlah honeymoonkan)

6. Padang Matsirat- sini boleh kata dekat dengan tarikan utama Langkawi, kira dia macam tengah-tengahlah.. so nak pergi kesana sini dekat.

Haji Ismail Group tempat borong coklat

Ni tempat borong coklat, hehe.. Dia ada 2 tempat yang famous, IDAMAN SURI & HJ ISMAIL GROUP.
Cuma, idaman suri tu takde coklat, tapi sana barang-barang makcik bawang corelle, corningware, mangkuk, periuk memang murah dari Hj Ismail ni. Kedai ni berhadapan dengan Haji Group tadi, kat sini pun ada coklat, pinggan semua. Kat sini ada jual rokok, perghh MURAH GILA!
P/S: make sure beli kupon parking siap-siap kat kedai jam hujung tu ye, bukan apa leceh kalau sewa kereta ni kena saman.

Boleh try rasa Tongkat Ali pure

Ni kilang gamat Nusantara, ni antara legend minyak gamat sampai ke hari ni. Rupaya, kilang ni bukan jual minyak gamat sahaja, bermacam-macam ubat berasaskan gamat.
Aku rasa, lebih 200 jenis ubatan & minyak. Minyak lintah gamat pun diaorang buat tau. Kat sini boleh try rasa tongkat ali pure! Perghhh! memang orang lama kalau boleh habiskan secawan tu.

Bajet yang diperlukan

Antara fulus-fulus yang dikeluarkan.  
1. Flight KL-LGK-KL RM432/3pax
2. Hotel 4H 3M – RM530/3pax
3. Sewa kereta 3H 2M – RM119 + RM50 Deposit
4. Shopping coklat & makcik bawang RM800
5. Skycab Fee RM4X/pax ( budak <2y free)
6. Upside Down House Fee RM15/pax ( budak <2y free)
7. Makam Mahsuri RM12/pax (budak <2y free)
8. Underworld Fee RM3X/pax (budak <2y free)
9. Makan & minum RM600/3pax

Tempat menarik wajib pergi

Antara tempat menarik yang kami pergi.
1. Dataran Helang (wajib pergi kalau mai Langkawi)
2. Pekan Kuah (Idaman Suri Group, Hj Ismail Group & Langkawi Saga)
3. Kilang Minyak Gamat Nusantara
4. Upside Down House Gallery 
5. Kereta Kabel Langkawi & Skybridge (wajib)
6. Makam Mahsuri
7. Underworld Langkawi
8. Dataran Pantai Cenang
9. Telaga Harbour (tempat kapal layar singgah)

Tempat yang tak sempat pergi

Antara tempat menarik yang tak sempat pergi
1. Island Hopping Dayang Bunting 
2. Air Terjun Telaga Tujuh
3. Taman Buaya Langkawi
4. Galleri Perdana
5. Langkawi Mangrove Tour
6. Pulau Payar Marine Park 
7. Skytrex Adventure Langkawi
Conlusion aku boleh cakap, pi Langkawi ni seakan-akan feeling pergi Phuket! Memang best untuk jalan-jalan la senang cerita. Untuk part pulau & pantai belum memenuhi citarasa aku lagi, still Tioman & Perhentian untuk menikmati keindahan Pulau.

Post a Comment

0 Comments