‘Lambang Saya Diperangkap & Akhirnya Dibebaskan’ – Sufian Suhaimi Dedah Disebalik Persembahan Di Matamu

Penyanyi Sufian Suhaimi berjaya merangkul anugerah Persembahan Terbaik AJL33 menerusi lagu Di Matamu. Persembahan menyentuh hati itu menyaksikan props pelamin dan chandelier didakwa seakan sama dengan pelamin perkahwinan Elfira Loy.
Bagaimanapun, Sufian Suhaimi tampil menjelaskan situasi sebenar dan persembahan tersebut tidak ditujukan kepada mana-mana pihak.


Niatnya baik dan tiada unsur negatif

Berhubung doa yang dititipkan bekas tunangnya, Elfira Loy menerusi Twitter semalam, Sufian Suhaimi berterima kasih atas doa tersebut dan menganggap niatnya itu baik. Malah, tiada sebarang unsur negatif terhadap status Elfira Loy itu.
Terima kasih kerana mendoakan baik-baik. Pada saya niat itu baik. Tiada apa yang silap pun dalan Tweet tersebut.


Tidak mengambil kesempatan

Menerusi status yang dimuat naik Elfira Loy ini, dia berharap Sufian Suhaimi memperolehi kemenangan di acara berprestij Anugerah Juara Lagu 33 itu sekali gus menamatkan kisah derita yang pernah dilaluinya dahulu.
Dalam pada itu, penyanyi Di Matamu ini menjelaskan persembahan tersebut tidak berniat ditujukan kepada mana-mana pihak dan memohon maaf sekiranya ada pihak terasa hati.
Sufian Suhaimi menafikan dia tidak mengambil kesempatan terhadap kisah silamnya itu dan tidak berniat memalukan bekas tunangnya.


Banyak lagi komen positif berbanding negatif

Saya tidak cuba serang sesiapa, mana pihak yang terasa hati saya minta maaf. Ini memang lagu sedih dan berkaitan dengan putus cinta, jadi saya cuba sampaikan sebaik yang mungkin.
Isu tweet sindir, komen negatif kepada saya itu perkara remeh dan tidak menjadi perhatian saya. Sebenarnya, banyak lagi komen positif dan itu lebih menarik perhatian.
Sufian Suhaimi menjelaskan dakwaan sama props pelamin di atas pentas itu dia menjelaskan tidak mengetahui hal itu kerana tidak pernah memberi fokus kepada dekorasi pelamin. Pelamin itu hanya elemen kejutan buat penonton dan hanya menfokuskan pada chandelier dan kain putih.


Melambangkan permulaan kisah baru

Sufian Suhaimi ketika ditemubual MHE TV menjelaskan perlambangan disebalik persembahan Di Matamu. Dia turut memohon maaf sekiranya ada mana-mana pihak terasa hati dengan persembahannya itu.
Sejujurnya baru tengok pelamin itu pada sesi latihan. Mungkin bukan hobi saya untuk melihat pelamin orang lain. Apa-apa pun itu bukan niat saya. Saya meletakkan chandelier itu sebagai lambang saya diperangkap dan akhirnya dibebaskan.
Kain putih pula melambangkan permulaan kisah baru dan pelamin itu elemen kejutan.
Foto ini tular di lama Twitter perbandingan persembahan Di Matamu di AJL33 semalam dan pelamin semasa perkahwinan Elfira Loy, tempoh hari.
Sumber: mStarMHETv, Ohbulan!
The following two tabs change content below.

Post a comment

0 Comments