Ikat GOPRO Pada Belon Dan Dilepaskan Ke Angkasa. Hasil Rakaman Ini Buat Ramai Tak Sangka

Pada tahun 2015 seorang lelaki di Amerika Syarikat telah membuat satu projek di mana dia akan menggunakan belon dan kamera gopro untuk melihat bumi dari angkasa.
Ramai tidak sangka bahawa projek tersebut akan berjaya atau boleh sampai ke angkasa melepasi bumi. Namun akhirnya, projek itu berjaya.
Lelaki tersebut telah merakamkan perjalanan belon tersebut hanya menggunakan kamera Gopro sahaja. Sungguh menakjubkan.
Berbekalkan sebuah belon udara bersaiz besar, kamera tersebut kemudiannya diikat dan dilepaskan ke udara.
Bagaimana kamera gopro itu akan pulang ke bumi?
Menurut lelaki yang menjalankan projek tersebut, di saat belon itu pecah satu payung terjun akan dilepaskan secara automatik supaya kamera Gopro tersebut boleh mendarat dengan selamat dan tidak terlalu laju sehingga boleh merosakkan kamera sewaktu jatuh ke tanah.
Bagaimana nak mencari kamera? Mesti jatuh di mana-mana
Satu alat pengesan GPS telah pun dipasang pada Goro tersebut dan isyaratnya akan direfresh setiap 5 minit. Jadi tidak sukar untuk mencari kecuali ianya terjatuh ke dalam laut.
Ramai tanya kenapa buat eksperimen ini? Ini jawapan beliau
” Kebanyakan orang bertanya kenapa saya melakukan benda ini. Sebenarnya, saya mempunyai banyak masa terluang justeru saya terfikir untuk menjadikannya sebagai hobi dan berkongsi sesuatu yang bermakna seperti ini dengan orang ramai. Keduanya, saya merasakan angkasa itu belum terlalu diterokai.
Video tersebut dikatakan telah tular pada sekitar 2015. Rakaman yang menakjubkan ini menunjukkan betapa indahnya dunia dari atas.
Lihat video di bawah
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Newsviral
sumber : klviral

Post a Comment

0 Comments